Saturday, October 24, 2009

PENTERNAK UDANG HARIMAU

Dengan sokongan padu daripada ahli keluarga serta rakan-rakan rapat menjadikan dia seorang yang gigih dalam setiap apa yang diusahakannya."Saya memulakan projek ternakan udang harimau ini sejak tujuh tahun lalu dengan modal sendiri sebanyak RM760,000 tanpa pinjaman atau bantuan daripada mana-mana institusi kewangan," jelasnya.Pada awal pembabitannya, Najee Muddin berkongsi bersama seorang rakan tetapi selepas mengalami kerugian akibat kurang kemahiran, dia tidak pernah putus asa dan yakin dalam setiap apa yang diusahakannya.
Kegagalan lalu dijadikan sebagai penguat semangat dan sokongan daripada keluarga yang tidak putus-putus menjadikannya begitu tabah meski jauh di sudut hati dia berasa agak kecewa.Bapa kepada tiga orang anak ini bermula dengan membeli 4.5 hektar tanah dengan kos lebih RM100,000 untuk membuat kolam udang harimau di Lot 3033, Kampung Teluk Bakong, Sungai Kajang, Batu Pahat, Johor kira-kira tujuh tahun lalu.
Najee Muddin memulakan ternakan udang dengan empat buah kolam ternakan berukuran 49,000 kaki persegi setiap satu.Kini dia mempunyai enam buah kolam udang dengan empat pekerja yang bertanggungjawab menjaga pemakanan ternakannya dan kebersihan kolam-kolam berkenaan.Menurutnya, benih anak udang diperoleh daripada pembekal di Johor Bahru dengan harga tiga sen hingga RM1.20 seekor, bergantung kepada usia benih itu.Setiap kali membeli benih, dia memerlukan RM11,000 untuk tiga tan benih bagi memenuhi semua kolam yang diusahakan pada awal pembabitannya dulu."
Dua tahun saya berusaha keras untuk menjayakan kolam udang ini, barulah ia menampakkan hasil. Tahun pertama selalu rugi, banyak udang mati kerana keadaan air yang tak sesuai," katanya.Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya terutama dari segi harga udang yang ada turun naiknya.Tetapi pada tahun ini, apabila harga udang harimau agak tinggi beliau turut menternak udang putih yang mendapat permintaan di pasaran dengan harga pasaran yang lebih rendah tetapi permintaannya tinggi.
Dia yang mulanya mendapat bimbingan daripada Jabatan Perikanan turut menyertai pelbagai kursus yang dianjurkan bagi menambahkan pengetahuannya dalam bidang penternakan udang dan ikan.Bermula dari situ, kemahiran dalam menternak udang dapat diketahui dari semasa ke semasa.Ini menjadikan Najee Muddin yakin dan bersemangat dalam apa yang diusahakan agar kerugian dan pengalaman pahit yang dilaluinya di awal pembabitan dalam ternakan udang dapat ditebus sekali gus menjadikan dirinya seorang yang tidak mudah mengalah.
Tambahnya lagi, udang ternakannya akan dihantar kepada dua pemborong tetap untuk pasaran di Johor Bahru dan Singapura selain pasaran lain di dalam negara.Hasil kegigihannya, Najee Muddin dianugerahkan sebagai Wira Tani (Belia) oleh Jabatan Belia dan Sukan Johor pada tahun lalu juga mendapat Anugerah Belia Tani peringkat Kebangsaan.Kini Najee Muddin telah membuka syarikatnya sendiri iaitu Najee Brothers Sdn. Bhd. dan sedang merangka untuk membesarkan projek ternakan udangnya untuk pasaran antarabangsa.Tambahnya, dia telah mendapat 2,000 hektar kawasan di Tanjung Manis Halal Park Sarawak dan akan mengusahakan ternakan udang harimau, udang putih dan ikan kerapu.
"Dalam perjanjian yang telah dimeterai, saya diberi tempoh pajakan selama 30 tahun untuk mengusahakan kawasan berkenaan dan modal yang diperlukan ialah RM2 billion," jelasnya.Selain menternak udang dan ikan, beliau juga akan mengusahakan makanan frozen berasaskan udang dan ikan dan akan di eksport ke luar negara khusus untuk mereka yang beragama Islam.Katanya lagi, kertas kerja telah pun disiapkan dan kajian terperinci telah pun dibuat oleh konsultan yang dilantik dari Singapura.
Setakat ini katanya, sebuah syarikat dari Hong Kong berminat untuk menjadi pelabur memandangkan produk halal Malaysia yang akan dihasilkannya adalah dari Zon Halal Park.Justeru katanya, dengan adanya produk makanan sejuk beku berasaskan ikan dan udang serta halal, ia akan memudahkan warga Islam di luar negara seperti Jepun dan Hong Kong mendapatkan makanan yang halal tanpa rasa ragu.
Bagi Najee Muddin ia merupakan cabaran baru baginya dalam melebarkan sayap syarikat untuk menjadi penternak udang dan ikan yang terbesar serta mengeksport makanan sejuk beku yang halal ke luar negara dengan kualiti yang terjamin.
Sumber : Utusan Malaysia

Sunday, September 13, 2009

Selamat Berpuasa Dari LADUNGMAS

Kaum kerabat ladungmas mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di seluruh tanahir khususnya kepada kaki pancing. Segala aktiviti berkaitan memacing kaum kerabat ladungmas tangguhkan dulu. Kami akan mengganas semula selapas Hari Raya Aidilfitri tak beberapa lama lagi. Ikan-ikanpun dah lama rindukan kami.

Thursday, July 9, 2009

Sunday, June 28, 2009

JABATAN PERIKANAN SIASAT IKAN NAGA DI KENYIR

KUALA TERENGGANU 28 Jun 09 : Jabatan Perikanan akan menyiasat dakwaan kewujudan ikan Arapaima Gigas atau dipanggil ikan naga yang dilaporkan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata jabatan berkenaan akan menghantar pegawainya untuk menjalankan siasatan. 

"Kita akan pergi lihat sama ada ikan tersebut wujud atau pun hanya bualan semata-mata," katanya selepas Program Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama usahawan asas tani di sini hari ini. 

 Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Arapaima Gigas wujud di Tasik Kenyir dan ikan itu adalah antara spesis hidupan liar yang diharamkan ditangkap atau dipelihara di negara ini. 

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah dipetik sebagai berkata ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan. 

Mengulas lanjut, Rohani berkata ikan itu tidak membiak namun boleh membesar sehingga 30 dan 50 kilogram dan banyak terdapat di Amerika Selatan. 

"Setakat ini, kita belum pernah melihat ikan Arapaima Gigas dan kalau benar ikan itu ada di Tasik Kenyir, kemungkinan ikan itu dipelihara dan dilepaskan di tasik buatan manusia itu," katanya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian mensasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan asas tani yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, tahun ini. 

Beliau berkata, setakat ini seramai 11,000 usahawan asas tani berjaya dilahirkan dan ia adalah satu pencapaian yang baik. - Bernama


Thursday, June 25, 2009

PANTANG LARANG KETURUNAN

Ikan tapah yang menjadi pantang-larang keturunan Pak Kaduk

Enam jenis pantang – larang sejarah keturunan (sumpahan keras); yang tak boleh dilanggar oleh anak-cucu- cicit (keturunan) asal.

Kalau langgar juga dadapt padah. Memang misteri dan tak masuk dek akal…Tapi kena percaya & ikut, kalau tak dapat susah…

1. Sumpahan Ikan Tapah di Perak : keturunan Pak Kaduk, asal Lambor Kiri, Lambor Kanantidak boleh makan ikan tapah, (kalau tak rasalah penangannya).

2. Sumpahan Ikan Patin di Brunai : Keturunan Pengiran Laga (keturunannya banyak di Sarawak tak boleh usik ikan patin sedikitpun).

3. Sumpahan ‘Puti’ ke atas Orang Rawo : Tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat"menjejak tanah"  kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.

4. Pantang larang Orang Sungai Sarawak : Mesti buat upacara ‘tingkuang’,pengantin lelaki ‘orang luar’ dilarang naik ke rumah sebelum dapatkebenaran. (tunggu berjam2), kalau langgarmemang mengakibatkan kepada mulut berbuih2 sampai mati.

5. Ada keturunan tak boleh makan ikan kekacang / alu-alu : Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik).Kononnya ikan tu dah kena sumpah dek bota laut.

6. Keturunan yg kena sumpah dek buaya putih di Sungai Muar : Tujuh keturunan tak boleh turun laut, sungai, air terjun, datang akibat buruk.

7. Keturunan boleh jalan atas api, boleh ubat cedera terbakar(Suku Sawau di Fiji)

Thursday, June 4, 2009

IKAN PELIK

Seekor ikan bersaiz gergasi yang tidak diketahui spesisnya mati akibat tersangkut jaring nelayan lalu terdampar di sebuah perkambungan di Indonesia.

UJANG DAN TOMAN GERGASI

Ujang dan rakan bersama dengan toman gergasinya. Tapi tak tahu kat mana lokasinya. Member teman yang kasi gambar nih..! kalau bagi tahu habis kaki pancing serbu tempat nih..!

Monday, June 1, 2009

XPDC MEMANCING KUALA SEPETANG PADA 14-15 JUN 2009

XPDC Memancing Kuala Sepetang akan diadakan pada 14 dan 15 Jun 2009; dengan menggunakan bot kelas A yang dilengkapi dengan tandas/tempat mandi, kemudahan memasak (tukang masak disediakan), peti menyimpan hasil tangkapan dan umpan. Anda akan dibawa dipersekitaran perairan Selat Melaka yang dipenuhi dengan khazanah laut; tempat habitat ikan seperti tukun dan kawasan kapal pecah.

Sesiapa yang berminat sila hubungi : Sam Jinggo H/P : 013-4835987

Monday, May 25, 2009

GADIS AYU BERI JORAN BULUH BERTUAH


Pak Zul yang sudah berusia 89 tahun, menghuni sebuah perkampungan nelayan di pedalaman Sungai Pahang (kini sudah menjadi taman perumahan kos sederhana dan rendah). Anak lelakinya mempunyai sikap pendiam tetapi kuat pegangan agama. Dia minat memancing malah berkawan rapat dengan beberapa orang rakan pancing dari perkampungan yang sama.

Demikian permulaan cerita Pak Zul kepada penulis ketika bertemu di pekan kecil Lubuk Paku dekat Maran, Pahang, baru-baru ini. Orang tua itu sesekali tidak dapat menahan rasa sebak atas pemergian ke rahmatullah anak lelakinya Atan lama dulu. 


“Dia membawa pulang banyak rezeki ikan pancingnya lalu dijual pada penduduk kampung,” Pak Zul terus menceritakan kisah arwah anaknya sambil mengaitkan beberapa peristiwa aneh.

Atan selalu ke warung seorang tua lelaki ketika dalam perjalanan turun memancing setiap hujung minggu. Ada kalanya Atan membantu orang tua warung itu mengendalikan perniagaan apabila ramai pelanggan yang datang serentak. 

Baik budi dan pertolongan yang berterusan yang ditunjukkan oleh Atan mendapat perhatian anak gadis Pak Zubir (orang tua warung) tetapi Atan masih belum bersedia untuk berkenal cinta dengan sesiapa. Lalu, dia pun menolak cinta itu tetapi menerima anak gadis Pak Zubir sebagai adik angkat.

Bertitik tolak dari situ, Atan suatu hari dihadiahkan sebatang joran lama yang bersambung dengan buluh di bahagian hujung. Joran itu dihadiah sendiri oleh adik angkatnya, Sari (bukan nama sebenar) bagi membalas jasa baik Atan pada keluarganya. Walau pun cuma membantu perkara kecil di warung tetapi bagi Pak Zubir dan Sari, mereka menganggap itu satu pertolongan murni sambil membawa rezeki yang berlipat ganda.

Sebatang joran buluh yang sudah diubah suai oleh Atan tetapi mengekalkan tiga ruas buluh asal di bahagian hujung menjadikan joran itu unik lagi sangat disayangi oleh Atan.

“Rezeki di tangan Tuhan, bukan kerana joran buluh,” begitulah pengakuan Atan setelah mendapati rezeki yang lumayan setiap kali turun memancing dengan hanya menggunakan sebatang joran.

Pak Zul mengakui sendiri bahawa rezeki tangkapan ikan pancing anaknya sejak memiliki joran itu. Namun, beliau tidak mahu mengaitkan rezeki itu dengan sebatang joran pancing, namun itulah kenyataan yang sudah terbukti.

Atan terus meraih rezeki yang lumayan hingga dapat membebaskan kemiskinan hidup keluarganya. Beliau masih menganggap rezeki itu bukan kerana joran buluhnya walaupun sesekali terpanggil juga kepercayaan bahawa joran pemberian Sari itu ada tuahnya.

Rakan pancing Atan turut mengakui bahawa Joran pancing buluh Atan bertuah dan mereka memujuk Atan supaya menjual joran itu kepada mereka. Bagaimanapun Atan tidak berhasrat menjual joran itu kerana joran tersebut adalah pemberian ikhlas daripada Sari; adik angkatnya.

Rakan pancing mula renggang dengan Atan, cerita Pak Zul lagi. Atan sendiri mengambil keputusan untuk memulangkan semula joran itu kepada Sari kerana dia tidak mahu memutuskan persahabatan mereka yang terjalin sejak kecil kerana sebatang joran. 

Tetapi Atan terkejut bahawa Pak Zul tidak ada anak perempuan yang bernama Sari. Paling mengejutkan Atan ketika itu, joran yang ada dalam tangannya bukan daripada joran buluh yang disambung di bahagian hujung tetapi joran biasa.

Atan jatuh sakit dan terus mendiamkan diri. Namun solat tetap disempurnakan walau dalam keadaan baring dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan satu misteri yang masih meninggalkan tanya bagi semua rakan pancingnya terutama ayahnya, Pak Zul serta Pak Zubir.

Pak Zul tidak dapat menahan kesedihan lalu tersedu sambil menunjukkan joran pancing yang masih tergantung (bukan joran pancing buluh yang menjadi misteri dalam cerita kali ini). Apa pun kematian Atan atas kehendak Allah juga. Cuma sebab musababnya saja yang menjadi misteri atau bualan yang berterusan. 

“Kalau dia tak berkenalan dengan Sari tentu dia tak mati, atau kalau dia tak dapat joran pancing buluh dia tentu selamat,” begitulah bualan yang masih kekal hingga sekarang.
Penulis : Nuri 

PISANG OH PISANG..!

Pisang jenis ni tak de kat kampung teman. Entak mana teman ambik gambor ni..., teman pun tak braper ingat.  Kat kampung teman pisang memang melambak. Sampai buang-buang. Bagi ayam-itek pun depa tak braper ndak. Duduk kat pekan ni, anak teman beli goreng pisang RM2 ringgit cuma dapat celah gigi jer..!

MASIH ADA DI TASIK KENYIR




Ikan keli gergasi ini masih banyak menghuni di Tasek Kenyir. Beratnya sama dengan berat Syarifah Aini ketika mengandung. Tak cayer ker?







Monday, May 18, 2009

15-16 MEI 2009 : Kelong Paradise BNO

Kerapu tumpas di tangan Haji Kamal
.
Senangin 2.0 kg jadi mangsa
.
Pemandangan dari atas kelong
.
Kartunis Ujang pun ada..!
.
Azam DBI bersama tangkapannya.. Bangga habis..!
.
Sembilang tewas dengan peralatan ringan.. Pancing udang jer..!
.
Amin Pingpong bergaya sakan dengan hasil tangkapan orang lain.. Caye la..!
.

Wednesday, February 25, 2009

SIMPULAN OPPOSED NAIL

Simpulan ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza .

1. Tali yang akan digunakan perlu diletakkan tanda antara A dan B. Buatsatu gegelung seperti di dalam rajah untuk memulakan ikatan manakalaletakkan tiub pada bahagian tengah simpulan.
2. Mulakan lilitan untuk bahagian A dan B menerusi B, A dan tiubsehingga 10 lilitan dan kemudian masukkan bahagian hujung tali A ke dalamtiub.
3.Tarik tiub keluar dan tutup bahagian gegelung tali dengan perlahantetapi jangan tarik ikatan.
4. Letakkan tiub selari dengan bahagian dengan tali A dan sambungkantali B dan mulakan lilitan pada tiub bahagian tali A dan B.
5. Lakukan sehingga 10 lilitan dan keluaran tiub dari bahagian tengahikatan. Tutupkan ikatan dengan perlahan.6. Simpulkan lilitan dengan ketat dan tarik dua bahagian manakalalicinkan bahagian terlebih menggunakan pemotong kuku.

SIMPULAN SLIM BEAUTY

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.
1. Buat satu gelung utama diikuti gelung beselang daripada tali yang lebih nipis.
2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8.
3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.
4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung.
5. Kemaskan lilitan kedua-dua tali mono yang akan disambung.
6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.

SIMPULAN UNTUK UMPAN LEMBUT

Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja.
1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan.
2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.
3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

SIMPULAN BLOOD KNOT

SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan kemudian lilit pada tali yang lebih tebal.
2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis,
3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas melakukan empat hingga lima lilitan.
4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan menggunakan tali yang lebih nipis.
5. Tamatkan simpulan dengan menggunakan tali yang lebih tebal dengan dengan menarik dua bahagian berbeza.
6. Kemudian tarik perlahan-lahan ikan ke arah berbeza untuk mengukuhkan ikatan.

SIMPULAN DUNCAN'S LOOP

ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.
1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.
2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan lilit pada tali utama.
3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.
4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam gegelung.
5. Kemudian kemaskan ikatan mengikut saiz yang diperlukan.

Petua : KOPI O KOSONG / HALIA UNTUK TAHAN MABUK

Walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dan goyang bot walaupun sedikit. Ini sukar hendak menjawabnya, kerana jika sudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun ke laut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar. Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanam azam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.
Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkah terbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nuri muatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terus bergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi atau kedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidak sedarkan diri.Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyap bersama dengan tidur anda.
Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancing ke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air laut tenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombang saja yang bermain,anda dinasihatkan kena banyak minum air mineral berselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang di kunyah.
Petua ini dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air halia pekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelum naik bot.Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan tali apollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalah lebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.
Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.

DISERANG GEROMBOLAN LEMBAGA PUTIH

HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan. Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru yang sangat lazat isinya.
Mereka berehat di hujung kampung penempatan masyarakat Orang Asli yang belum begitu tersusun. Kelompok etnik itu sudah dapat menerima perubahan kecil sekali gus keluar dari kepompong cara hidup lama. Limat yang mengetuai kumpulan empat pemancing itu adalah anak tempatan Temerloh. Dia sudah biasa dengan sungai di sebelah sini. Melihat keadaan cuaca buruk yang berterusan, Limat membatalkan hasrat ke hulu Sungai Lembing. Tambah pula air sungai sangat deras dan mula melimpah tebing.Sebuah pondok lama yang sudah ditinggalkan mereka gunakan untuk berteduh.


Jika keadaan memaksa, mereka akan terus bermalam. “Jika keadaan bertambah buruk memang kami merancang tidur di situ,” cerita Karim yang turut menyertai kumpulan itu.Dia berkata, malam itu mereka dikejutkan dengan air banjir dari limpahan sungai sudah mencecah lantai pondok berkenaan. Mereka mula cemas apabila mendapati air naik begitu pantas.


Pada masa sama, hujan semakin lebat.“Tetapi kami bernasib baik apabila beberapa buah sampan kayu penduduk Orang Asli datang memberi pertolongan lalu membawa kami ke kawasan selamat di atas sebuah bukit. Di sana pun sudah dipenuhi oleh penduduk Orang Asli yang diselamatkan dari perkampungan penempatan yang sudah ditenggelami air limpahan Sungai Lembing.“Keadaan bertambah buruk dan mencemaskan apabila beberapa ekor ular sawa besar turut mencari mangsa tetapi berjaya dihalau oleh seorang lelaki tua yang dianggap sebagai bomoh di kalangan penduduk di situ,” katanya.


Limat diberi layanan baik walau pun keadaan makin terdesak kerana air terus naik. Namun itu tidak membimbangkan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu.Tetapi bagi Limat dan kawannya menganggap kejadian itu satu pengalaman baru. Menjelang tengah malam itu, mereka dibawa berpindah ke satu lagi kawasan selamat oleh pembantu ketua Orang Asli. Ini kerana menurut ketuanya bahawa mereka perlu diselamatkan sebelum keadaan bertambah buruk. Mereka tiba di kawasan kecil tetapi tempatnya menarik. Mereka dibekalkan dengan sedikit makanan yang sudah dimasak. Beberapa orang yang dibawa khas mula membuat kerja mendirikan pondok serta unggun api di tengah kawasan lapang.


Kumpulan itu kemudian meninggalkan Limat dan kawannya sebaik saja semua keperluan sudah disiapkan.Pertolongan yang diberikan oleh masyarakat Orang Asli itu sangat bererti buat mereka, cerita Karim lagi sambil mendakwa bahawa pada malam itu mereka bagaikan terpukau lalu tidur dengan nyenyak hingga pada saat-saat terjaga dengan satu kejutan yang sangat menakutkan. Mereka terdengar hilai ketawa mengelilingi kawasan itu. Kelihatan lembaga putih berterbangan.


“Kami ketakutan tetapi Limat tidak menunjukkan perubahan dan tetap tenang. Dia duduk bersila kemas sambil membaca sesuatu yang tidak kami dengar dengan jelas. Tetapi nyata dia cuba menghalau makhluk putih yang mengilai dengan lebih garang itu daripada mendekati kami. “Limat cuba diheret keluar dari pondok tetapi kerana duduknya yang kemas serta amalan yang tidak kurang hebatnya lembaga putih itu kemudian meninggalkan kawasan kami untuk beberapa waktu. Tetapi lembaga itu datang semula dengan bilangan yang lebih banyak sambil mengilai dengan bunyi yang lebih mengerikan,” katanya.Dek kerana ketakutan, mereka berpelukan sesama sendiri. Namun Limat cekal membaca ayat al-Quran. Pondok tempat mereka berteduh digoyang dengan kuat dan hampir roboh. “Limat bangun lalu melaungkan azan dengan kuat. Pondok roboh dan kami terbaring di atas tanah perkuburan dengan batu nesan yang bertaburan.


“Kami semakin terkejut tetapi Limat merasa syukur sebaik saja menamatkan laungan azan yang sekali gus melenyapkan gangguan lembaga putih yang mengganggu mereka pada dinihari sebelum subuh itu.Paling menghairankan apabila mereka sebenarnya berada di tengah-tengah kawasan perkuburan Islam di sebuah kampung Melayu di Sungai Lembing dan bukan perkampungan Orang Asli seperti yang berlaku dalam tragedi misteri yang dilalui sepanjang hari dan malam itu.


“Limat tidak banyak bercakap malah terus membawa kami pulang sambil singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang. Kami solat sunat kesyukuran dan doa selamat yang diimamkan sendiri oleh Limat.“Apa yang berlaku adalah satu misteri bagi kami dan tentunya banyak lagi misteri yang dilalui oleh kaki pancing dalam kisah yang berlainan,” kata Karim menamatkan perbualan.

TALI BENANG SULAM KING POWER

TALI benang sulam Tomman King Power, dihasilkan daripada gentian Dyneema untuk memastikan ia mencapai tahap kekuatan yang maksimum selain tahap sensitiviti yang tinggi serta mampu bergerak dengan pantas apabila ditarik.
Tahap kekuatan yang luar biasa serta tahan geseran membuatkan tali ini boleh membantu pemancing membuat balingan dengan baik termasuk teknik memancing casting pada jarak yang lebih jauh dan lebih lancar.Tali ini juga tidak mudah meregang dan ia dapat mempercepatkan lagi proses karauan ketika mendaratkan mangsa.
Didatangkan dalam pakej 10 paun, 15 paun, 20 paun, 30 paun, 50 paun, 60 puan, 80 paun, 100 paun dan 130 paun. Tomman - Elephant Big Foot TALI pancing monofilamen ini disifatkan memiliki tahap kekuatan yang tinggi walaupun dengan diameter yang kecil serta sesuai untuk digunakan untuk memancing dengan teknik casting.
Meskipun berdiameter kecil, tali pancing ini terbukti memiliki daya tahan yang tinggi tidak mudah rosak walaupun bertarung dengan ikan besar.Ia didatangkan dengan kekuatan 8 paun, 10 paun, 12 paun, 15 paun, 20 paun, 25 paun, 30 paun, 40 paun, 50 paun, 60 paun dan 80 paun.