KUALA TERENGGANU 28 Jun 09 : Jabatan Perikanan akan menyiasat dakwaan kewujudan ikan Arapaima Gigas atau dipanggil ikan naga yang dilaporkan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata jabatan berkenaan akan menghantar pegawainya untuk menjalankan siasatan.
"Kita akan pergi lihat sama ada ikan tersebut wujud atau pun hanya bualan semata-mata," katanya selepas Program Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama usahawan asas tani di sini hari ini.
Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Arapaima Gigas wujud di Tasik Kenyir dan ikan itu adalah antara spesis hidupan liar yang diharamkan ditangkap atau dipelihara di negara ini.
Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah dipetik sebagai berkata ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan.
Mengulas lanjut, Rohani berkata ikan itu tidak membiak namun boleh membesar sehingga 30 dan 50 kilogram dan banyak terdapat di Amerika Selatan.
"Setakat ini, kita belum pernah melihat ikan Arapaima Gigas dan kalau benar ikan itu ada di Tasik Kenyir, kemungkinan ikan itu dipelihara dan dilepaskan di tasik buatan manusia itu," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian mensasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan asas tani yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, tahun ini.
Beliau berkata, setakat ini seramai 11,000 usahawan asas tani berjaya dilahirkan dan ia adalah satu pencapaian yang baik. - Bernama

No comments:
Post a Comment