Ikan tapah yang menjadi pantang-larang keturunan Pak Kaduk
Enam jenis pantang – larang sejarah keturunan (sumpahan keras); yang tak boleh dilanggar oleh anak-cucu- cicit (keturunan) asal.
Kalau langgar juga dadapt padah. Memang misteri dan tak masuk dek akal…Tapi kena percaya & ikut, kalau tak dapat susah…
1. Sumpahan Ikan Tapah di Perak : keturunan Pak Kaduk, asal Lambor Kiri, Lambor Kanantidak boleh makan ikan tapah, (kalau tak rasalah penangannya).
2. Sumpahan Ikan Patin di Brunai : Keturunan Pengiran Laga (keturunannya banyak di Sarawak tak boleh usik ikan patin sedikitpun).
3. Sumpahan ‘Puti’ ke atas Orang Rawo : Tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat"menjejak tanah" kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.
4. Pantang larang Orang Sungai Sarawak : Mesti buat upacara ‘tingkuang’,pengantin lelaki ‘orang luar’ dilarang naik ke rumah sebelum dapatkebenaran. (tunggu berjam2), kalau langgarmemang mengakibatkan kepada mulut berbuih2 sampai mati.
5. Ada keturunan tak boleh makan ikan kekacang / alu-alu : Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik).Kononnya ikan tu dah kena sumpah dek bota laut.
6. Keturunan yg kena sumpah dek buaya putih di Sungai Muar : Tujuh keturunan tak boleh turun laut, sungai, air terjun, datang akibat buruk.
7. Keturunan boleh jalan atas api, boleh ubat cedera terbakar(Suku Sawau di Fiji)
No comments:
Post a Comment