Wednesday, February 25, 2009

SIMPULAN OPPOSED NAIL

Simpulan ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza .

1. Tali yang akan digunakan perlu diletakkan tanda antara A dan B. Buatsatu gegelung seperti di dalam rajah untuk memulakan ikatan manakalaletakkan tiub pada bahagian tengah simpulan.
2. Mulakan lilitan untuk bahagian A dan B menerusi B, A dan tiubsehingga 10 lilitan dan kemudian masukkan bahagian hujung tali A ke dalamtiub.
3.Tarik tiub keluar dan tutup bahagian gegelung tali dengan perlahantetapi jangan tarik ikatan.
4. Letakkan tiub selari dengan bahagian dengan tali A dan sambungkantali B dan mulakan lilitan pada tiub bahagian tali A dan B.
5. Lakukan sehingga 10 lilitan dan keluaran tiub dari bahagian tengahikatan. Tutupkan ikatan dengan perlahan.6. Simpulkan lilitan dengan ketat dan tarik dua bahagian manakalalicinkan bahagian terlebih menggunakan pemotong kuku.

SIMPULAN SLIM BEAUTY

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.
1. Buat satu gelung utama diikuti gelung beselang daripada tali yang lebih nipis.
2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8.
3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.
4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung.
5. Kemaskan lilitan kedua-dua tali mono yang akan disambung.
6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.

SIMPULAN UNTUK UMPAN LEMBUT

Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja.
1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan.
2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.
3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

SIMPULAN BLOOD KNOT

SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan kemudian lilit pada tali yang lebih tebal.
2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis,
3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas melakukan empat hingga lima lilitan.
4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan menggunakan tali yang lebih nipis.
5. Tamatkan simpulan dengan menggunakan tali yang lebih tebal dengan dengan menarik dua bahagian berbeza.
6. Kemudian tarik perlahan-lahan ikan ke arah berbeza untuk mengukuhkan ikatan.

SIMPULAN DUNCAN'S LOOP

ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.
1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.
2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan lilit pada tali utama.
3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.
4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam gegelung.
5. Kemudian kemaskan ikatan mengikut saiz yang diperlukan.

Petua : KOPI O KOSONG / HALIA UNTUK TAHAN MABUK

Walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dan goyang bot walaupun sedikit. Ini sukar hendak menjawabnya, kerana jika sudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun ke laut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar. Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanam azam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.
Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkah terbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nuri muatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terus bergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi atau kedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidak sedarkan diri.Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyap bersama dengan tidur anda.
Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancing ke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air laut tenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombang saja yang bermain,anda dinasihatkan kena banyak minum air mineral berselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang di kunyah.
Petua ini dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air halia pekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelum naik bot.Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan tali apollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalah lebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.
Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.

DISERANG GEROMBOLAN LEMBAGA PUTIH

HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan. Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru yang sangat lazat isinya.
Mereka berehat di hujung kampung penempatan masyarakat Orang Asli yang belum begitu tersusun. Kelompok etnik itu sudah dapat menerima perubahan kecil sekali gus keluar dari kepompong cara hidup lama. Limat yang mengetuai kumpulan empat pemancing itu adalah anak tempatan Temerloh. Dia sudah biasa dengan sungai di sebelah sini. Melihat keadaan cuaca buruk yang berterusan, Limat membatalkan hasrat ke hulu Sungai Lembing. Tambah pula air sungai sangat deras dan mula melimpah tebing.Sebuah pondok lama yang sudah ditinggalkan mereka gunakan untuk berteduh.


Jika keadaan memaksa, mereka akan terus bermalam. “Jika keadaan bertambah buruk memang kami merancang tidur di situ,” cerita Karim yang turut menyertai kumpulan itu.Dia berkata, malam itu mereka dikejutkan dengan air banjir dari limpahan sungai sudah mencecah lantai pondok berkenaan. Mereka mula cemas apabila mendapati air naik begitu pantas.


Pada masa sama, hujan semakin lebat.“Tetapi kami bernasib baik apabila beberapa buah sampan kayu penduduk Orang Asli datang memberi pertolongan lalu membawa kami ke kawasan selamat di atas sebuah bukit. Di sana pun sudah dipenuhi oleh penduduk Orang Asli yang diselamatkan dari perkampungan penempatan yang sudah ditenggelami air limpahan Sungai Lembing.“Keadaan bertambah buruk dan mencemaskan apabila beberapa ekor ular sawa besar turut mencari mangsa tetapi berjaya dihalau oleh seorang lelaki tua yang dianggap sebagai bomoh di kalangan penduduk di situ,” katanya.


Limat diberi layanan baik walau pun keadaan makin terdesak kerana air terus naik. Namun itu tidak membimbangkan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu.Tetapi bagi Limat dan kawannya menganggap kejadian itu satu pengalaman baru. Menjelang tengah malam itu, mereka dibawa berpindah ke satu lagi kawasan selamat oleh pembantu ketua Orang Asli. Ini kerana menurut ketuanya bahawa mereka perlu diselamatkan sebelum keadaan bertambah buruk. Mereka tiba di kawasan kecil tetapi tempatnya menarik. Mereka dibekalkan dengan sedikit makanan yang sudah dimasak. Beberapa orang yang dibawa khas mula membuat kerja mendirikan pondok serta unggun api di tengah kawasan lapang.


Kumpulan itu kemudian meninggalkan Limat dan kawannya sebaik saja semua keperluan sudah disiapkan.Pertolongan yang diberikan oleh masyarakat Orang Asli itu sangat bererti buat mereka, cerita Karim lagi sambil mendakwa bahawa pada malam itu mereka bagaikan terpukau lalu tidur dengan nyenyak hingga pada saat-saat terjaga dengan satu kejutan yang sangat menakutkan. Mereka terdengar hilai ketawa mengelilingi kawasan itu. Kelihatan lembaga putih berterbangan.


“Kami ketakutan tetapi Limat tidak menunjukkan perubahan dan tetap tenang. Dia duduk bersila kemas sambil membaca sesuatu yang tidak kami dengar dengan jelas. Tetapi nyata dia cuba menghalau makhluk putih yang mengilai dengan lebih garang itu daripada mendekati kami. “Limat cuba diheret keluar dari pondok tetapi kerana duduknya yang kemas serta amalan yang tidak kurang hebatnya lembaga putih itu kemudian meninggalkan kawasan kami untuk beberapa waktu. Tetapi lembaga itu datang semula dengan bilangan yang lebih banyak sambil mengilai dengan bunyi yang lebih mengerikan,” katanya.Dek kerana ketakutan, mereka berpelukan sesama sendiri. Namun Limat cekal membaca ayat al-Quran. Pondok tempat mereka berteduh digoyang dengan kuat dan hampir roboh. “Limat bangun lalu melaungkan azan dengan kuat. Pondok roboh dan kami terbaring di atas tanah perkuburan dengan batu nesan yang bertaburan.


“Kami semakin terkejut tetapi Limat merasa syukur sebaik saja menamatkan laungan azan yang sekali gus melenyapkan gangguan lembaga putih yang mengganggu mereka pada dinihari sebelum subuh itu.Paling menghairankan apabila mereka sebenarnya berada di tengah-tengah kawasan perkuburan Islam di sebuah kampung Melayu di Sungai Lembing dan bukan perkampungan Orang Asli seperti yang berlaku dalam tragedi misteri yang dilalui sepanjang hari dan malam itu.


“Limat tidak banyak bercakap malah terus membawa kami pulang sambil singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang. Kami solat sunat kesyukuran dan doa selamat yang diimamkan sendiri oleh Limat.“Apa yang berlaku adalah satu misteri bagi kami dan tentunya banyak lagi misteri yang dilalui oleh kaki pancing dalam kisah yang berlainan,” kata Karim menamatkan perbualan.

TALI BENANG SULAM KING POWER

TALI benang sulam Tomman King Power, dihasilkan daripada gentian Dyneema untuk memastikan ia mencapai tahap kekuatan yang maksimum selain tahap sensitiviti yang tinggi serta mampu bergerak dengan pantas apabila ditarik.
Tahap kekuatan yang luar biasa serta tahan geseran membuatkan tali ini boleh membantu pemancing membuat balingan dengan baik termasuk teknik memancing casting pada jarak yang lebih jauh dan lebih lancar.Tali ini juga tidak mudah meregang dan ia dapat mempercepatkan lagi proses karauan ketika mendaratkan mangsa.
Didatangkan dalam pakej 10 paun, 15 paun, 20 paun, 30 paun, 50 paun, 60 puan, 80 paun, 100 paun dan 130 paun. Tomman - Elephant Big Foot TALI pancing monofilamen ini disifatkan memiliki tahap kekuatan yang tinggi walaupun dengan diameter yang kecil serta sesuai untuk digunakan untuk memancing dengan teknik casting.
Meskipun berdiameter kecil, tali pancing ini terbukti memiliki daya tahan yang tinggi tidak mudah rosak walaupun bertarung dengan ikan besar.Ia didatangkan dengan kekuatan 8 paun, 10 paun, 12 paun, 15 paun, 20 paun, 25 paun, 30 paun, 40 paun, 50 paun, 60 paun dan 80 paun.

Tuesday, February 24, 2009

MUHAMMAD HAFIZ

Ini anak teman. Dialah yang selalu buat rosak teman punya peralatan pancing. Umur baru 4 tahun.

AHLI 003 : SAM JENGGO

Nama sebenarnya Sanusi bin Darus @ Sam Jenggo. Berasal dari Kedah. Kontraktor kimpalan dan kejuruteraan elektrik dibawah syarikat Kejuruteraan SBD.

KELONG PARADISE BNO

Ini dia Kelong Paradise, terletak di Bagan Nakhoda Omar @ Bagan Dumo, Sabak Bernam, Selangor. Tempat kitaorang selalu landing. Tapi pengusahanya banyak mentedarah semacam. Naikkan harga pakej ikut suka jer..!

UDANG GALAH


Udang Galah Kg. Sungai Dulang Bagan Datoh. Mudah dijinakkan dengan joran ringan sahaja. Tapi Sam Jenggo ngail udang galah pakai multi plier. Kalau nak mancing di Sungai Dulang kena pakai tali benang; sebab banyak sang buntal. Umpan yang biasa kita pakai umpun, anak udang atau cacing tanah.

JOM KE BAGAN DATOH

Bagan Datoh sebuah pertempatan nelayan. Nama ini semestinnya sudah sinonim dengan kaki pancing. Terdapat banyak lokasi-lokasi yang menggamit kaki-kaki pancing terutamanya pada hujung minggu. Diantaranya :
1. Udang Galah : Di Jeti Bagan Datoh, Kg. Ujung Rintis dan Kg. Sungai Dulang.
2. Ikan Sembilang : Jeti Bagan Datoh, Kunci Air Sg. Tiang, Ban Pecah Sg. Batang dan Bagan Lipas.
3. Pari : Di Beting Beras Basah
4. Haruan : Taliair yang terdapat di kampung-kampung sekitar Bagan Datoh.

Kepada sesiapa yang ingin merasai kehidupan perkampungan nelayan, boleh menginap di Bagan Datoh Homestay di bawah kendalian Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Perak.

PUYU : IKAN MISTERI

Ikan puyu adalah spesis ikan air tawar yang suka habitat seperti paya, sawah dan taliai, terutama tempat yang ada rumpair seperti kiambang dan teratai. Ikan ini dianggap misteri kerana dipercayai boleh menghalang ilmu pukau kepada isirumah yang membelanya.

SIMPULAN TURLE

SIMPULAN ini sesuai digunakan untuk mengikat tali pancing layang (fly fishing) bagi memastikan ikatan kemas.

1. Mulakan ikatan dengan mengikat umpan ‘fly’ dengan tali pancing di bahagian pangkal mata kail dan lilit beberapa kali.
2. Kemudian masukkan bahagian hujung tali ke dalam lubang mata kalil ke arah tali pancing utama.
3. Buat satu gelung pada tali utama dan lilit pada tepi gelung.
4. Ulang lilitan sama pada gegelung tadi.
5. Kemudian simpulkan gegelung tadi tanpa menarik dengan kuat.
6. Ikat bahagian hujung tali pancing dan matikan ikatan pada lubang mata kail.

KENALPASTI LUBUK SEBELUM MEMANCING

KATA pepatah orang tua-tua, berjalan siang pandang-pandang, berjalan malam dengar-dengar. Apakah maksud yang tersirat di sebalik pepatah ini? Jawapannya mudah jika ditafsirkan atas kenyataan yang paling hampir pada diri sendiri.
Kita yang melakukan perjalanan pada waktu siang yang dapat melihat segenap ruang depan dan kanan kiri jelas. Kita boleh mengelak daripada sebarang bahaya. Ini berlainan pula pada waktu malam yang mana kita hanya dapat menggunakan telinga untuk mendengar sedangkan mata cuma dapat menembusi jarak pandangan yang sangat terhad.

Beralih pada terjemahan lain pepatah ini, ia boleh dikaitkan dengan sesuatu yang baik dilakukan biar kena pada tempatnya dan bukan atas sebab-sebab ada udang di sebalik batu. Justeru berdasarkan atas fakta daripada pepatah ini, Pak Nuri mengaitkan terjemahan pada aktiviti memancing yang mungkin lebih dekat dengan kita dan baik jika diamalkan sebelum meninggalkan rumah (turun dari rumah) untuk mencari rezeki sama ada di laut, sungai, lombong atau tasik.

Langkah pertama, anda perlu mendapatkan tekong yang berpengalaman dan boleh diterima pakai kejujurannya. Dia juga berupaya mengenal pasti kawasan yang selamat. Jika di sungai, lubuk-lubuk yang tidak harus dikunjungi dan bahaya ada ‘keras’ (tempat ada penunggu) yang boleh dipercayai mengenai kewujudannya kerana makhluk itu tidak dapat dilihat oleh manusia kecuali atas sebab-sebab tertentu.Di samping itu, tekong juga perlu mengetahui terlebih dulu keadaan cuaca, pasang dan surut air laut serta pelbagai lagi maklumat awal demi kebaikan dan keselamatan.

Orang-orang tua sering mengaitkan juga bahawa lokasi memancing adalah lokasi keras yang sering diganggu oleh makhluk halus sama ada lokasi ini berada di darat mahu pun di laut.Justeru, mengenal pasti tempat ini lebih dulu adalah satu persediaan yang sangat perlu bagi pemancing. Malah amalan ini perlu dijadikan petua selain daripada minta pertolongan Allah pada setiap masa. Allah berfirman dalam Al-Quran yang maksudnya: “Akulah yang berkuasa di darat dan di laut, Aku yang menentukan buruk baiknya seseorang itu dan Aku yang menentukan rezeki kamu.”

Kita berharap kepada semua pemancing harus mengamalkan prosedur mengenal pasti dulu tempat atau lokasi memancing sebelum turun memancing’ kerana mengenali dulu sesuatu itu adalah kebaikan.Istilah zaman anak muda sekarang ialah kita kena buat ‘homework’ atau kerja rumah sebelum pergi. Ini bukan setakat lubuk malah anda perlu tahu spesies ikan di situ, umpan sesuai, jaraknya, halangannya, kelebihannya dan kewajarannya.

AHLI 002 : LEDS @ HAJI KAMAL

Haji Kamal @ Leds juga merupakan Tok Imam tika mancing. Tengah mengira hasil tangkapan.
Beliau seorang pengusaha Stesen Shell Sengat, Ipoh.

Monday, February 23, 2009

SUAMI GANTUNG JORAN BILA ISTERI HAMIL

KEPERCAYAAN melarang suami memancing apabila si isteri mengandung sudah menjadi satu daripada budaya masyarakat Melayu sejak berzaman dulu lagi. Justeru, Pak Nuri terpanggil untuk mengisi ruangan kali ini dengan pendapat beberapa orang nelayan veteran dan pakar agama yang boleh memberi pandangan serta fatwa terbaik bagi menyelesaikan keraguan di kalangan orang ramai.
Menurut pandangan Tok Daing Mahadi, nelayan berusia 89 tahun dari Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor ketika ditemui penulis beberapa bulan lalu, bahawa kepercayaan itu diada-adakan oleh isteri serta keluarga kedua-dua pihak. Larangan supaya suami tidak turun memancing ketika isteri hamil adalah kerana bimbang bayi yang bakal lahir akan mendapat kecacatan seperti mulut sumbing, badan bersisik ataupun ada tabiat menyukai air dan pelbagai lagi gambaran atau andaian buruk yang semata-mata untuk menakutkan suami. Larangan ini terus dipercayai oleh mereka yang benar-benar bimbang kelahiran anak pertama mendapat cacat.
Tetapi bagaimana dengan nelayan yang bergantung hidup sepenuhnya pada pada hasil tangkapan atau hasil pancingan ikan di laut, sungai atau tasik? Apakah mereka turut tidak turun ke laut sepanjang tempoh isteri hamil?Tok Daing Mahadi mempunyai kepercayaan sendiri lalu menyerahkan takdir ini kepada Allah. Nelayan terus turun ke laut untuk mencari rezeki walaupun isteri berbadan dua atau hamil dan Alhamdulillah bayi yang lahir berada dalam keadaan cukup sifat (tidak ada sebarang kecacatan).Begitu juga dengan pandangan seorang tokoh agama dari Besut, Terengganu Tuan Haji Embong yang tidak menolak kepercayaan ini adalah satu ikhtiar untuk menyekat suami dari turun memancing ketika isteri hamil. Ini bukan pandangan ulama atau ajaran agama Islam.
Justeru hakikat ini tidak harus dijadikan amalan untuk menghalang suami turun ke laut mencari rezeki.Namun ada kepercayaan berikutan berlaku kelahiran bayi cacat seperti sumbing bibir kerana suami dikatakan mengoyak mulut ikan ketika mengeluarkan mata kail yang menelan umpan lalu cerita itu dikaitkan dengan cacat anak yang lahir itu sebagai bukti yang terus dipercayai hingga hari ini.Untuk itu, sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa Allah tidak menghalang hamba-Nya keluar mencari rezeki yang halal walau dalam keadaan isteri hamil.
Cuma atas rasa simpati jika mahu diterjemahkan sebagai kasih sayang pasangan suami isteri, maka suami akan terus berada di samping isteri pada saat-saat diperlukan. Perasaan kasih sayang begini juga dituntut oleh agama dan mendapat pahala dari Allah. Namun itu juga bukan satu petua yang terus menghalang turun ke laut ketika isteri hamil. Sesungguhnya Allah maha berkuasa lagi maha bijaksana.
Catatan : Nuri

TEKNIK SUSUN UMPAN 1


TEKNIK memasang umpan juga penting untuk menarik perhatian ikan. Ini kerana cara menyusun serta meletakkan umpan turut diambil kira supaya mangsa lebih cepat memakan umpan.Menghimpunkan jumlah umpan yang banyak terutama cacing pada mata kail antara teknik yang boleh digunakan ketika memancing air tawar untuk memikat penghuni sungai ataupun tasik. Cacing adalah antara umpan paling berkesan untuk kebanyakan ikan air tawar. Ia mungkin digunakan seekor atau beberapa ekor sekali gus seperti gambar rajah berikut.

LUBUK : BAN PECAH SG. BATANG

Inilah suasana lokasi ban pecah di Sg. Batang, Bagan Datoh. Bila air pasang tempat ini menjadi tumpuan kaki pancing di kawasan sekitar mahupun pemancing dari luar seperti dari Sabak Bernam dan Tanjung Karang. Ikan sembilang banyak terdapat di sini. Bagi kaki pancing yang lebih advanced di sinilah lokasi yang paling baik untuk menakluk senangin dan siakap terutamanya pada waktu malam.

AHLI 001 : AZAM DBI

Azam DBI yang baru-baru ini dapat menjinakkan Jenahak lebih 4 kg di Kelong Paradise BNO baru-baru ini. Tinggal di Desa Perwira Ipoh. Pengusaha minyak SHELL di Tambun (berhampiran Bandar Sunway)

PATIN GERGASI

Empat sekawan dari Taman Karak Setia berjaya menaikkan patin gergasi dari sebuah lombong tinggal berhampiran Lebuhraya Pantai Timur.

21 FEB 2009 : UDANG GALAH KG. DEW

21 Feb Sabtu : Hujung minggu tak ada aktiviti..! Kita tiga orang pakat pergi mancing kat Kampung Dew, Kamunting atas idea Sam Jenggo. Pukul 8.30 pagi kita bertolah dari Ipoh sampai kat Kg. Dew jam 9.30 pagi.
Kitaorang santap kat satu kedai makan lama sementara menunggu tekong datang. Sambil tu jengok-jengok kilang buat arang kayu yang terletak di belakang kedai makan yang kita orang kunjungi. Menarik jugak..!
Lama juga kitaorang tunggu tekong datang; tekong ni pun jiran Sam Jenggo rekemenkan. Jam 11.00 pagi baru kita menghala kat anak sungai. Kita naik bot sangkut je. Muat lah untuk kita orang berempat dengan tekong sekali. Sangkut pun sangkutlah janji kita jangan sangkut sudah.
Waktu mula menyusuri anak sungai (aku pun tak tau nama anak sungai tu) ramai orang dah turung mengambil port masing-masing. Ada yang menjala, ada yang memancing..
Kita orang sempat mencuba beberapa port yang kita orang agak tempat lubuk udang galah. Beberapa ekor udang galah telah berjaya kita daratkan. Tapi sederhana aje yang naik. Yang jenggo punya tak de.
Kata tekong kita datang tak kena harinya; kerana sebelumnya hujan turun dengan lebat. Udang tak berapa galak kalau hari hujan. Ye la,, dah musim hujan, apa nak buat. Pukul 2.00 petang udang dah tak nak makan walaupun beralih port beberapa kali. Langit pun dah gelap tanda nak hujan. Kita pun bercadang balik awal. Hasil tak seberapa. Tapi kita janji datang lagi ke sini. Tempatnya sangat adventure. Balik kitaorang singgah kat bandar Taiping. Pekena Kuetiau Doli yang polpular kat situ. Lepas kenyang kitaorang pu belah balik Ipoh.
(Klik gambar untuk imej yang lebih jelas)