Sunday, June 28, 2009

JABATAN PERIKANAN SIASAT IKAN NAGA DI KENYIR

KUALA TERENGGANU 28 Jun 09 : Jabatan Perikanan akan menyiasat dakwaan kewujudan ikan Arapaima Gigas atau dipanggil ikan naga yang dilaporkan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu. 

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Rohani Abdul Karim, berkata jabatan berkenaan akan menghantar pegawainya untuk menjalankan siasatan. 

"Kita akan pergi lihat sama ada ikan tersebut wujud atau pun hanya bualan semata-mata," katanya selepas Program Perjumpaan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani bersama usahawan asas tani di sini hari ini. 

 Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa Arapaima Gigas wujud di Tasik Kenyir dan ikan itu adalah antara spesis hidupan liar yang diharamkan ditangkap atau dipelihara di negara ini. 

Pegawai Penyelidik Pusat Penyu dan Ekosistem Marin Terengganu, Abdul Wahab Abdullah dipetik sebagai berkata ikan itu dikategorikan sebagai karnivor iaitu memakan ikan lain sebagai makanan. 

Mengulas lanjut, Rohani berkata ikan itu tidak membiak namun boleh membesar sehingga 30 dan 50 kilogram dan banyak terdapat di Amerika Selatan. 

"Setakat ini, kita belum pernah melihat ikan Arapaima Gigas dan kalau benar ikan itu ada di Tasik Kenyir, kemungkinan ikan itu dipelihara dan dilepaskan di tasik buatan manusia itu," katanya. 

Dalam perkembangan lain, beliau berkata kementerian mensasarkan untuk melahirkan 10,000 usahawan asas tani yang berpendapatan melebihi RM2,000 sebulan, tahun ini. 

Beliau berkata, setakat ini seramai 11,000 usahawan asas tani berjaya dilahirkan dan ia adalah satu pencapaian yang baik. - Bernama


Thursday, June 25, 2009

PANTANG LARANG KETURUNAN

Ikan tapah yang menjadi pantang-larang keturunan Pak Kaduk

Enam jenis pantang – larang sejarah keturunan (sumpahan keras); yang tak boleh dilanggar oleh anak-cucu- cicit (keturunan) asal.

Kalau langgar juga dadapt padah. Memang misteri dan tak masuk dek akal…Tapi kena percaya & ikut, kalau tak dapat susah…

1. Sumpahan Ikan Tapah di Perak : keturunan Pak Kaduk, asal Lambor Kiri, Lambor Kanantidak boleh makan ikan tapah, (kalau tak rasalah penangannya).

2. Sumpahan Ikan Patin di Brunai : Keturunan Pengiran Laga (keturunannya banyak di Sarawak tak boleh usik ikan patin sedikitpun).

3. Sumpahan ‘Puti’ ke atas Orang Rawo : Tak boleh pijak tanah/simen sebelum buat adat"menjejak tanah"  kalau tidak cirit sampai membawa ke mati.

4. Pantang larang Orang Sungai Sarawak : Mesti buat upacara ‘tingkuang’,pengantin lelaki ‘orang luar’ dilarang naik ke rumah sebelum dapatkebenaran. (tunggu berjam2), kalau langgarmemang mengakibatkan kepada mulut berbuih2 sampai mati.

5. Ada keturunan tak boleh makan ikan kekacang / alu-alu : Kalau makan naik kelopak garam, gatal2 (macam alergik).Kononnya ikan tu dah kena sumpah dek bota laut.

6. Keturunan yg kena sumpah dek buaya putih di Sungai Muar : Tujuh keturunan tak boleh turun laut, sungai, air terjun, datang akibat buruk.

7. Keturunan boleh jalan atas api, boleh ubat cedera terbakar(Suku Sawau di Fiji)

Thursday, June 4, 2009

IKAN PELIK

Seekor ikan bersaiz gergasi yang tidak diketahui spesisnya mati akibat tersangkut jaring nelayan lalu terdampar di sebuah perkambungan di Indonesia.

UJANG DAN TOMAN GERGASI

Ujang dan rakan bersama dengan toman gergasinya. Tapi tak tahu kat mana lokasinya. Member teman yang kasi gambar nih..! kalau bagi tahu habis kaki pancing serbu tempat nih..!

Monday, June 1, 2009

XPDC MEMANCING KUALA SEPETANG PADA 14-15 JUN 2009

XPDC Memancing Kuala Sepetang akan diadakan pada 14 dan 15 Jun 2009; dengan menggunakan bot kelas A yang dilengkapi dengan tandas/tempat mandi, kemudahan memasak (tukang masak disediakan), peti menyimpan hasil tangkapan dan umpan. Anda akan dibawa dipersekitaran perairan Selat Melaka yang dipenuhi dengan khazanah laut; tempat habitat ikan seperti tukun dan kawasan kapal pecah.

Sesiapa yang berminat sila hubungi : Sam Jinggo H/P : 013-4835987