Wednesday, February 25, 2009

SIMPULAN OPPOSED NAIL

Simpulan ini sesuai untuk menyambung dua tali saiz yang sama ataupun berbeza .

1. Tali yang akan digunakan perlu diletakkan tanda antara A dan B. Buatsatu gegelung seperti di dalam rajah untuk memulakan ikatan manakalaletakkan tiub pada bahagian tengah simpulan.
2. Mulakan lilitan untuk bahagian A dan B menerusi B, A dan tiubsehingga 10 lilitan dan kemudian masukkan bahagian hujung tali A ke dalamtiub.
3.Tarik tiub keluar dan tutup bahagian gegelung tali dengan perlahantetapi jangan tarik ikatan.
4. Letakkan tiub selari dengan bahagian dengan tali A dan sambungkantali B dan mulakan lilitan pada tiub bahagian tali A dan B.
5. Lakukan sehingga 10 lilitan dan keluaran tiub dari bahagian tengahikatan. Tutupkan ikatan dengan perlahan.6. Simpulkan lilitan dengan ketat dan tarik dua bahagian manakalalicinkan bahagian terlebih menggunakan pemotong kuku.

SIMPULAN SLIM BEAUTY

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.

SIMPULAN ini lazimnya digunakan untuk menyambung tali pancing mono utama yang memiliki ketebalan berbeza.
1. Buat satu gelung utama diikuti gelung beselang daripada tali yang lebih nipis.
2. Kemudian bentukkan gelung tali menjadi angka 8.
3. Masukkan perambut yang agak tebal di bahagian gelung angka 8 di tengah lilitan.
4. Lakukan lilitan empat kali atau lebih keatas tali perambut yang akan disambung.
5. Kemaskan lilitan kedua-dua tali mono yang akan disambung.
6. Kemudian tarik dan ketatkan sambungan tadi ke arah berlawanan untuk mengukuhkan ikatan.

SIMPULAN UNTUK UMPAN LEMBUT

Penggunaan isi ikan ada kalanya menyukarkan kerana ia mudah terburai terutama ketika dibaling ataupun dibawa arus. Oleh itu, simpulan yang sesuai diperlukan bagi mengelakkan umpan habis begitu saja.
1 - Ambil isi ikan yang biasa digunakan tetapi perlu dibuang kulit bagi membolehkan baunya menjadi tarikan untuk menjinakkan mangsa dan kemudian masukkan mata kail ke isi ikan berkenaan.
2 - Kemudian lilit tali tangsi yang nipis pada hampir keseluruhan umpan tadi.
3 - Putus tali terakhir melilit umpan tadi tetapi jangan sesekali membuat sebarang simpulan.

SIMPULAN BLOOD KNOT

SIMPULAN ini sesuai untuk digunakan menyambung dua tali pancing mono yang memiliki ketebalan berbeza.

1. Lakukan satu gelung bertindih dengan menggunkan tali yang lebih nipis dan kemudian lilit pada tali yang lebih tebal.
2. Lilit tali yang lebih tebal dengan tali yang lebih nipis,
3. Masukkan bahagian hujung tali yang tebal ke bahagian tengah lilitan selepas melakukan empat hingga lima lilitan.
4. Lakukan sekali lagi lilitan hingga enam lilitan dan masukkan bahagian tengah dengan menggunakan tali yang lebih nipis.
5. Tamatkan simpulan dengan menggunakan tali yang lebih tebal dengan dengan menarik dua bahagian berbeza.
6. Kemudian tarik perlahan-lahan ikan ke arah berbeza untuk mengukuhkan ikatan.

SIMPULAN DUNCAN'S LOOP

ADAKALANYA jenis tali pancing yang sama boleh mengelirukan terutama untuk membezakan manakala ia lebih merumitkan apabila membabitkan memancing layang.Peter Hayes, mencadangkan simpulan Duncan’s Loop untuk memudahkan ikatan ketika memancing cara layangan.
1. Masukkan tali pancing utama pada lubang mata kail dan buat satu gegelung.
2. Ambil bahagian hujung tali pancing dan kemudian masukkan ke dalam gegelung dan lilit pada tali utama.
3. Ulang lilitan sehingga empat atau lima kali.
4. Matikan simpulan dengan mengambil bahagian hujung dan dimasukkan dalam gegelung.
5. Kemudian kemaskan ikatan mengikut saiz yang diperlukan.

Petua : KOPI O KOSONG / HALIA UNTUK TAHAN MABUK

Walaupun sudah makan pil mabuk yang dibeli di farmasi dan beberapa petua tradisional sebelum turun ke laut.Rata-rata mereka mendakwa tidak boleh terhidu bau air laut, bau lantai bot dan goyang bot walaupun sedikit. Ini sukar hendak menjawabnya, kerana jika sudah begitu teruk menyeksa badan adalah baik batalkan saja niat untuk turun ke laut kerana tentunya anda bakal berdepan dengan ribut dan gelombang besar. Sekiranya anda masih berminat untuk menjadi seorang pengail sambil menanam azam bahawa anda juga boleh memancing seperti orang lain.
Jika begitu kuat azam dan semangat anda untuk terus meneroka laut, langkah terbaik yang harus anda lakukan ialah amalkan petua seperti yang telah Pak Nuri muatkan dalam halaman ini beberapa bulan yang lalu dan elakkan dari terus bergantung kepada ubat mabuk, kerana ubat mabuk yang dibeli di farmasi atau kedai ubat lain membuatkan anda akan tidur yang tentunya tidur sehingga tidak sedarkan diri.Jika ini terjadi tentunya cita-cita dan hasrat anda untuk memancing akan lenyap bersama dengan tidur anda.
Bagi mereka yang sudah berkali-kali turun memancing ke laut tapi masih mabuk dan muntah walaupun keadaan laut terlalu baik, air laut tenang bagaikan di tasik, tidak bergelombang, jika ada pun cuma anak gelombang saja yang bermain,anda dinasihatkan kena banyak minum air mineral berselang dengan makan makanan masam dan biarkan dalam mulut anda barang di kunyah.
Petua ini dapati daripada sahabat pemancing juga menceritakan air halia pekat juga boleh menahan mabuk terutama kerana terlalu lama di lambung gelombang. Ada juga sesetengah pemancing minum kopi O kosong pekat sebelum naik bot.Perut jangan dibiarkan kosong dan tidak terlalu kenyang, sambil itu jika melakukan potongan isi ikan atau sotong yang sudah berbau anda hendaklah cepat membasuh tangan dan keringkan dengan kain bersih supaya baunya tidak berkesan pada hidung anda dan satu perkara lagi yang perlu anda jauhi ialah jika membetulkan tali apollo atau perambut yang kusut jangan sekali-kali anda tunduk terlalu lama, adalah lebih baik anda simpan atau menukarkan pada yang baru.
Lakukan petua ini dan cuba elak tidak terlalu bergantung pada pil mabuk, kerana anda boleh mengubahnya dengan kekuatan semangat dan daya tahan dalaman.

DISERANG GEROMBOLAN LEMBAGA PUTIH

HUJAN lebat berterusan berserta dengan angin kencang dan guruh bersahutan. Namun, kumpulan empat kaki pancing udang galah itu meneruskan misi mereka ke hulu Sungai Lembing, Pahang yang sangat terkenal dengan spesies sepit biru yang sangat lazat isinya.
Mereka berehat di hujung kampung penempatan masyarakat Orang Asli yang belum begitu tersusun. Kelompok etnik itu sudah dapat menerima perubahan kecil sekali gus keluar dari kepompong cara hidup lama. Limat yang mengetuai kumpulan empat pemancing itu adalah anak tempatan Temerloh. Dia sudah biasa dengan sungai di sebelah sini. Melihat keadaan cuaca buruk yang berterusan, Limat membatalkan hasrat ke hulu Sungai Lembing. Tambah pula air sungai sangat deras dan mula melimpah tebing.Sebuah pondok lama yang sudah ditinggalkan mereka gunakan untuk berteduh.


Jika keadaan memaksa, mereka akan terus bermalam. “Jika keadaan bertambah buruk memang kami merancang tidur di situ,” cerita Karim yang turut menyertai kumpulan itu.Dia berkata, malam itu mereka dikejutkan dengan air banjir dari limpahan sungai sudah mencecah lantai pondok berkenaan. Mereka mula cemas apabila mendapati air naik begitu pantas.


Pada masa sama, hujan semakin lebat.“Tetapi kami bernasib baik apabila beberapa buah sampan kayu penduduk Orang Asli datang memberi pertolongan lalu membawa kami ke kawasan selamat di atas sebuah bukit. Di sana pun sudah dipenuhi oleh penduduk Orang Asli yang diselamatkan dari perkampungan penempatan yang sudah ditenggelami air limpahan Sungai Lembing.“Keadaan bertambah buruk dan mencemaskan apabila beberapa ekor ular sawa besar turut mencari mangsa tetapi berjaya dihalau oleh seorang lelaki tua yang dianggap sebagai bomoh di kalangan penduduk di situ,” katanya.


Limat diberi layanan baik walau pun keadaan makin terdesak kerana air terus naik. Namun itu tidak membimbangkan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan yang sudah biasa dengan keadaan seperti itu.Tetapi bagi Limat dan kawannya menganggap kejadian itu satu pengalaman baru. Menjelang tengah malam itu, mereka dibawa berpindah ke satu lagi kawasan selamat oleh pembantu ketua Orang Asli. Ini kerana menurut ketuanya bahawa mereka perlu diselamatkan sebelum keadaan bertambah buruk. Mereka tiba di kawasan kecil tetapi tempatnya menarik. Mereka dibekalkan dengan sedikit makanan yang sudah dimasak. Beberapa orang yang dibawa khas mula membuat kerja mendirikan pondok serta unggun api di tengah kawasan lapang.


Kumpulan itu kemudian meninggalkan Limat dan kawannya sebaik saja semua keperluan sudah disiapkan.Pertolongan yang diberikan oleh masyarakat Orang Asli itu sangat bererti buat mereka, cerita Karim lagi sambil mendakwa bahawa pada malam itu mereka bagaikan terpukau lalu tidur dengan nyenyak hingga pada saat-saat terjaga dengan satu kejutan yang sangat menakutkan. Mereka terdengar hilai ketawa mengelilingi kawasan itu. Kelihatan lembaga putih berterbangan.


“Kami ketakutan tetapi Limat tidak menunjukkan perubahan dan tetap tenang. Dia duduk bersila kemas sambil membaca sesuatu yang tidak kami dengar dengan jelas. Tetapi nyata dia cuba menghalau makhluk putih yang mengilai dengan lebih garang itu daripada mendekati kami. “Limat cuba diheret keluar dari pondok tetapi kerana duduknya yang kemas serta amalan yang tidak kurang hebatnya lembaga putih itu kemudian meninggalkan kawasan kami untuk beberapa waktu. Tetapi lembaga itu datang semula dengan bilangan yang lebih banyak sambil mengilai dengan bunyi yang lebih mengerikan,” katanya.Dek kerana ketakutan, mereka berpelukan sesama sendiri. Namun Limat cekal membaca ayat al-Quran. Pondok tempat mereka berteduh digoyang dengan kuat dan hampir roboh. “Limat bangun lalu melaungkan azan dengan kuat. Pondok roboh dan kami terbaring di atas tanah perkuburan dengan batu nesan yang bertaburan.


“Kami semakin terkejut tetapi Limat merasa syukur sebaik saja menamatkan laungan azan yang sekali gus melenyapkan gangguan lembaga putih yang mengganggu mereka pada dinihari sebelum subuh itu.Paling menghairankan apabila mereka sebenarnya berada di tengah-tengah kawasan perkuburan Islam di sebuah kampung Melayu di Sungai Lembing dan bukan perkampungan Orang Asli seperti yang berlaku dalam tragedi misteri yang dilalui sepanjang hari dan malam itu.


“Limat tidak banyak bercakap malah terus membawa kami pulang sambil singgah di sebuah surau dalam perjalanan pulang. Kami solat sunat kesyukuran dan doa selamat yang diimamkan sendiri oleh Limat.“Apa yang berlaku adalah satu misteri bagi kami dan tentunya banyak lagi misteri yang dilalui oleh kaki pancing dalam kisah yang berlainan,” kata Karim menamatkan perbualan.